Terkejut membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di BiPop semalam. Dengan tajuk artikel “Seksinya Uqasha”, Kak Raja mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam memakai tudung selepas menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha tidak bertudung ketika becuti di Koh Lipe, Thailand.
Selain itu turut terselit gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly. Sebelum ini mereka berdua pernah digosipkan bercinta, namun Iqram dan Uqasha kedua-duanya menafikan gosip tersebut.
"Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!!
Lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..
Betullah jika dulu ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu.
Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya!
Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu."
Fuh. Pedih kata-kata daripada Kak Raja ini. Kena tunggu penjelasan dari Uqasha. Mungkin pelanduk 2 serupa kan? Siapa tahu? Abang Nara juga pasti ada sebab Uqasha merahsiakan hubungannya dengan Iqram. Mungkin mereka masih dalam fasa mengenali hati budi. Sama-sama kita nantikan.
Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Iqram Dinzly.
Ramai yang ingin tahu status hubungan mereka tetapi didalam artikel kami semalam Uqasha menyerahkan perkara itu kepada Iqaram untuk memberikan penjelasan lanjut.
Terbaru Uqasha akhirnya bersuara dan menafikan beliau kini sedang hangat bercinta dengan Iqram. Pernah gagal dalam hubungan cinta sebelum ini, Uqasha menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk sebarang komitment dan hanya ingin berkawan sahaja.
Sha berkawan tapi belum tahap bercinta ha belum sedia untuk sebarang komitmen lagi. Sha mahu berkawan dulu.
Sha mahu belajar daripada pengalaman lalu. Apa yang salah dan silap serta yang mana baik dan buruk semasa hubungan dulu akan Sha jadikan panduan.
Ditanya jika beliau merasa serik untuk mempunyai hubungan bersama lelaki selepas insiden putus tunang bersama Pekin sebelum ke jinjang pelamin, Uqasha mengakui pada mulanya beliau merasa agak insaf dan merasa tidak mahu bercinta lagi tetapi selepas itu beliau merasa apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.
Fokus utama Uqasha kini ialah beliau ingin memperbaiki mutu lakonan beliau dan ingin cuba menaikkan lagi namanya dalam industri hiburan tempatan.
Macam mana pula hubungan Uqasha Senrose dengan Syafiq Kyle? Adakah Syafiq hanya bertepuk sebelah tangan?
Muat Naik Foto Mesra Di Instagram: Adakah Iqram Dinzly Dan Uqasha Senrose Sedang Bercinta?
Kemesraan yang jelas antara Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose dalam foto-foto yang dimuat naik oleh mereka ke Instagram mengundang pelbagai tanda-tanya tentang status sebenar hubungan mereka. Adakah mereka hanya teman tapi mesra ataupun sedang bercinta? Tetapi bukan kah Uqasha sedang rapat dengan aktor Syafiq Kyle dan jejaka tersebut mengakui Uqasha adalah kekasihnya? Hurmm…
Namun, Uqasha nampaknya hanya ingin berdiam diri mengenai gosip tersebut dan meminta agar pihak media mengajukan soalan itu sendiri kepada Iqram. Eh macam main pas-pas pulak.
Sebelum ini, Iqram sering dikaitkan bersama aktres Fouziah Gous dan ada gosip mengatakan mereka pernah menjalinkan hubungan tetapi ianya tidak kekal kerana mereka lebih sesuai untuk berkawan sahaja. Hubungan mereka terhenti apabila Fouziah mendirikan rumah tangga.
Selepas itu, Iqram dikatakan sedang bercinta bersama Soo Wincci tetapi gosip itu ditepis oleh wanita berkenaan dan beliau menegaskan mereka hanya sekadar teman rapat.
Jadi betul ke Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose bercinta? Memang dah mesra sangat tu sampai ambil foto rapat-rapat lagi. Banyak betul gosip percintaan Uqasha sejak beberapa tahun ini, bila agaknya nak cari pasangan yang betul-betul kekal? .
Uqasha Senrose Masih Kekasih Saya – Syafiq Kyle
Hubungan cinta yang terjalin antara aktor Syafiq Kyle dan Uqasha Senrose bukan lagi satu berita baru, malah pihak media serta minat sering bertanya pelbagai soalan kepada mereka. Mengakui sudah bosan dan rimas apabila melayan pertanyaan berkaitan kisah percintaannya, Syafiq menjelaskan Uqasha masih lagi kekasihnya.
Kisah peribadi saya tidak menarik pun untuk dikongsi. Bukan apa, saya macam orang lain juga yang melalui fasa percintaan. Jadi untuk bercerita lebih-lebih adalah tidak manis. Dia (Uqasha) masih kekasih saya.
Tidak semestinya apabila bercinta perlu kerap berjumpa. Memandangkan dia pun ada kerjaya sendiri, jadi saya faham. Begitu juga sebaliknya. Tambahan teknologi hari ini canggih, banyak cara boleh berkomunikasi.
Walaupun belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syafiq bagaimanapun sedang berusaha sedaya upaya beliau untuk mengumpul aset hasil titik peluh sepanjang bergelar artis demi masa hadapan beliau dan keluarga.
Sepanjang tiga tahun berlakon, alhamdulillah saya sudah mengumpul harta dan aset sendiri. Akan datang saya mahu membeli rumah pula. Ia sedang diusahakan. Selepas itu baru fikir nak kahwin. Bukan apa, saya mahukan kehidupan berkeluarga lebih selesa.
Biasalah la tu kalau peminat dan media mahu tahu mengenai perkembangan terkini tentang kisah percintaan artis pujaan mereka, memanglah kadang-kala ia merimaskan tetapi mereka juga menjadi tulang belakang seseorang artis.
0 ulasan:
Catat Ulasan