Kisah juruterbang wanita comel Fizzy Idrus viral di internet.
Pernah lihat perempuan jawat jawatan juruterbang? Jarang sekali. Pemikiran kita sinonim dengan perempuan jika memakai uniform syarikat penerbangan, pastinya dia seorang pramugari.
Tetapi tidak bagi seorang gadis muda yang cantik ini menjawat jawatan penting dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
Noorhafizah atau lebih dikenali dengan nama Fizzy Idrus, memilih kerjaya sebagai juruterbang di usia yang muda. Kebiasaannya, di usia sebegini, golongan gadis sebayanya lebih gemar melakukan perkara-perkara rutin seorang perempuan.
Melihat Noorhafizah sebagai juruterbang, membuatkan kami rasa kagum kerana beliau berani memilih kerjaya yang boleh dikatakan berisiko tinggi yang membawa nyawa beratus-ratus penumpang di udara, meskipun dalam istilah penerbangan bahawa pengangkutan udara adalah pengangkutan yang paling selamat di dunia.
Noor Hafizah Idrus, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana mana sahaja dan itu atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.Solat Bukan Satu Bebanan.
“Ada ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir mengerjakan solat, makan, dan memasuki tandas ” ujarnya yang segak berpakaian uniform.
Dia juga tidak mengalami kesukaran dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agam yang dimilikinya, semua itu dapat di atasi dengan mudah.
“Menentukan arah kiblat tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam kenderaan yang bergerak, mana mana arah kiblat dibolehkan ” akui Noor Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja. Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.
Saat Saat Cemas
Bagi juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan juruterbang.
” Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami di ajar untuk tidak mempertaruhkan nyawa penumpang, setiap kali sebelum membawa penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan ” Noor Hafizah berkongsi amalannya, pada masa yang sama, dia mengakui pengalamannya tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.
Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan “terbang” mengatasi segala galanya.-Tengoktvonline
Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita
Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Asal: Taiping Perak
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Pendidikan: Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
Bidang: Ijazah Multimedia
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.
Lagi gambar-gambar Fizzy cute di bawah:
Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot wanita Airasia.
Assalamualaikum kapten fizzy... saya Amar,saya ingin bertanya tentang penerbangan ini... Saya teringin nak menjadi seorang juruterbang jadi kat mana hala tuju sepatut saya pergi.. Akedemi penerbangan or University yang ada bidang penerbangan
BalasPadam